Sunday, May 18, 2014

my diamond

السلام عليكم

Holla ! bismillahirrahmanirrahim. thankyou sebab terbuka hati still buka blog ni untuk baca apa yang aku nak tulis even dah lama jugak ah tak update. ni pun dah nak habis cuti sem baru la gigih nak menulis balik sebab bosan. tengah demam pulak tu. doakan aku cepat sembuh ye kengkawan yang baik dan comel macam doraemon punya jiran.

korang mesti eksaited nak baca apa aku nak tulis en? yang tak eksaited tu tipu je lebih. kalau tak asal pi bukak? pi ar buat kerja lain. menyulam ke tolong mak kait kelapa ke tolong pi kira bulu kambing ke. tak pun tolong pupuskan nyamuk-nyamuk kat bumi ni. serious mengganggu ketenteraman aku weh. sehari entah berapa kali agaknya aku bertepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan segan. agaknya dah boleh reka tarian bertepuk sambil muka tahan gatal je urm.

okay lah okay lah aku buka cerita pasal diamond aku okay? permata yang sangat berharga dalam hidup aku melebihi gelang pandora aku sendiri *eh? tetibe masuk pandora. permata ni kita semua ada. takpayah beli, tapi tak ternilai harganya. syaratnya kita kena jaga baik baik dan cuba membahagiakan permata ni dunia dan akhirat. apa benda permata ni? permata aku, Mak aku. yelah takkan mak korang pulak permata aku. wanita yang mengandungkan aku lebih kurang 9 bulan, yang menahan malu depan doktor masa nak lahirkan aku, yang berusaha manjaga aku masa aku dalam perut sampai lah sekarang, tak pernah jemu. wanita ni yang satu hari nanti aku akan pastikan aku dapat buat dia happy. 

korang dengan mak korang macamana? manja tak? honestly aku dengan mak aku, memang agak manja. atau lebih tepat lagi, aku yg suka memanjakan diri aku kt mak aku, mak aku layan je. tu pun kadang2 dia rimas jugak. sbb manja aku ni jenis yg kuat menyendeng pastu sikit2 peluk dia, cium dia, macam bebudak umur 2,3 tahun selalu buat. ahahaha! serious, aku pun tatau kenapa macam tu sampai dah besar gini, dah nak masuk 20 dah pun tahun depan. tapi sebenarnya aku tk kisah sgt apa orang nk kata. she's my mom. kalau aku tak bermanja dengan dia masa sekarang, bila lagi? manusia...bukan selamanya hidup dekat bumi ni. entah aku dulu ke yg pergi dari dunia ni sebelum mak aku. mati tak kenal usia kan?

kadang kesian jugak sebab mak aku layaaan je apa aku buat. hehe tapi rasanya dia okay je kot. kalau aku kata pasal bab kahwin kan, mesti dia kaitkan "perangai puun cam dak kecik lagi, nak kahwin cemana?" hehehe pastu aku pun selalu la jawab "kena la manja puas puas dulu. nanti dah kahwin manja dengan org lain pulak" hmm betul lah tu kan? my mom dia sporting jugakla kadang2. she knows i'm with somebody. and takde pulak dia memarah ke apa. dia just pesan "belajar dulu. nanti kalau dah ada duit, kahwin". hmm kalau ayah aku tau pasal ni tatau lah kan. diorang bukan kongkong sebenarnya, tapi risau. risau anak bongsu yg comel ni hanyut. yelah parents mana tak risau. entah dengan sape sape anak dia keluar ke apa. tapi alhamdulillah, setakat ni hampir semua kawan aku, aku akan cerita pasal dorang kat mak aku. kat ayah pulak? certain jeee. dalam 20% . hahaha ! lagi rapat dengan mak nak buat cemana.

cerita pasal manja tak manja ni actually bukannya buka pekung di dada. bagi aku, cara ni boleh kukuhkan hubungan silaturrahim dalam family. tapi jangan terlebih manja sampai semua yg buruk pun buat tatau je sudah. yelah kalau dah salah, still kena perbetulkan ye dak? haa dah macam aku tulis ni kena tukar tajuk jeee. jadi "cara mendidik anak manja" . cewah. kononnya lah kan.

my mom kalau apa2 mesti dia yg banyak fikir. contoh macam sekarang ni tgh prepare abang aku nk kahwin, dia yg sampai kekadang nk tidur pun still fikir cukup ke itu cukup ke ini. dia nak yg terbaik untuk majlis anak lelaki dia kahwin ni nanti. you are our superwomen mom ! pernah haritu masa aku cuti sem, mak jatuh sakit. memang time tu teruk jugak mak sakit. demam je actually tapi dia punya demam tuuu perghh teruk gila. sampai time tu rasa macam "aku akan hilang mak aku ke? aku tak ready lagi :( " serious. masa tu semua pakat risau. time tu pulak aku kerja. so macam takde lah aku 24jam together dgn mak aku. rasa bersalah tu ada la jugak sbb yelah takat kerja tu takyah pun takpe. better jaga mak je kat rumah. cuti dah lah tak lama pun. ermm tapi memikirkan adik beradik lain pun ada. kira take turn lah. memasing boleh jaga. nk harap aku sorang pun takleh jugak kan.

tapi akhirnya mak okay je lepastu and happy balik sampai sekarang. semakin comel dan anggun. aku rasa aku mewarisi kecomelan mak aku. erm erm boleh ke pikir macamtu? HAHAHA. eh one more, dalam family aku, aku je suka panggil mak aku mama, mummy, ummi, ibu.. yg lain semua mmg fixed panggil mak. hehe. tapi sekarang ni most of the time mmg aku panggil mummy. kecuali kalau ada family lain sekali, mmg aku panggil mak je. maluu la titeee nak anje anje depan orang. hahaha!

finally nak tulis pasal permata aku yg paling berharga ni, thankyou mummy sebab bertahan dengan perangai ngengada anak mummy ni. thankyou selalu sabar je kalau nadhrah bangun lambat and mengelat itu ini. thankyou selalu dengar cerita nadhrah tak kira la pasal boyfren ke apa. mummy pendengar setia nadhrah. thankyou lahirkan nadhrah kat dunia ni. thankyou jadi guru pertama nadhrah. ajar nadhrah ABC sampai boleh baca malay and engish, Alif Ba Ta sampai khatam Quran, 123 sampai boleh cari X dan Y dalam maths, tolong settlekan problem math bagai even problem sendiri tak settle settle. terima kasih mummy ! I love you so much. takde siapa boleh gantikan mak dalam hidup Nadhrah and i'm so lucky to have you in my life :)

so this is my mom,

Hajah Mazimah binti Haji Teridi




__________________________
Thankyou For Reading :)
__________________________

Monday, March 10, 2014

one of the moments yang takkan dilupakan :)

Assalamualaikum chuollss. hah punya dah lama tak update sebab busy and cam malas nak type. hehe. kali ni tetiba rasa cam rajin pulak lah kan nak type type bagai ni. tapi takde lah nak cerita semua benda yang dah jadi before ni even banyak sangat benda yg dah jadi and semua nya best best. Alhamdulillah ;)

disebabkan aku baru je balik dari program Back To School 3.0 anjuran salah satu kelab islamik yang ada kat UiTM Melaka ni, (I'm one of the ahli kelab ni yang boleh dikatakan rapat dengan senior) so ada lah cerita nak dikongsi. pengalaman ni In Shaa Allah sukar untuk dilupakan. okay memula dia cemni, ada senior ni ajak dah join event ni. event ni kira cam kitorang jadi facilitator kat sekolah menengah, Negeri Sembilan. then cam fikir nk gi ke taknak, nak gi keeee taknak. ajak roommate, sebab dia pun ahli kelab tu. so cam bila dia pun dah bagi kata putus nk join, lagi semangat nak pergi tu ada. aku pun decide nak join.

program ni berlangsung hari jumaat sampai ahad. lepas solat jumaat dalam pukul 3 setengah camtu dah gerak dari uitm. boleh kata aku dengan roommate aku ni antara orang yg lambat sampai kat tempat bas ah sebab kitorang start kemas beg pun pukul 1 camtu. hehe bangun lambat punya pasal :p
haa masa gerak tu kitorang ada la singgah kat kedai makan ni makan sat.

so dalam pukul 6 camtu baru sampai sekolah. lepas maghrib camtu ada buat sesi taaruf dengan para pelajar. oh ye lupa nk bagitau pelajar yg kitorang jaga ni pelajar form 1 and form 2 and sekolah ni dalam kawasan felda. bila dah buat sesi taaruf (suai kenal) ni, mula ah bahagi kan group masing2. aku dapat group nombor 1 and aku ketua bagi faci group tu. roommate aku si sarah pulak dapat group nombor 5. group yg aku dapat ni bebudak dia alahaaaai, malu gila. bila suruh bentang kat depan punya lah malu. tapi dengan semangat yg kitorang bagi, makin lama diorang makin okay and nampak keyakinan diri dah start ada dalam diri masing-masing.

group yg aku jaga bebudak lelaki ada 3 orang je. lagi 7 semua perempuan and kat sana they call me Kak Cik sebab aku kecik. ngeh ngeh ngeh. rasa comel bila begitu :p first day tu takde aktiviti sangat pun yela penat kan baru sampai. hari sabtu tu lah baru start ada aktiviti menarik and makin rapat hubungan akak2 faci dengan bebudak ni semua. malam pulak ada malam kebudayaan. yela macam biasa. kalau pergi camping pun akan ada malam kebudayaan kan. baru meriah. hmm tapi tu la sebabkan aku dngan sarah, roommate aku tu kelparan, kitorang pi beli burger kat kedai depan sekolah tu so tak tengok dari mula majlis tu. tapi alhamdulillah masa group kitorang punya turn kitorang sempat muncul and aku siap berlakon lagi dengan bebudak ni semua. hehehe

dah penat malam tu berjimba bagai, tidur pun sampai pukul 4 lebih sebab tertipu, ingatkan kitorang kena jaga dewan betul2, rupanya senior kitorang memain je. dah tidur lambat, kitorang pun esoknya bangun lambat ah kan. so esoknya explorace aku dengan sarah tak ikut sekali sebab ber explorace atas katil dalam dorm. masa majlis perasmian penutupan majlis baru kitorang dapat join. tetibe pulaklah kan aku jadi bidan terjun, kena jadi emcee. nasib baik lah dah pernah jadi emcee. bezanya dulu ada teks, kali ni spontan. just dapat atur cara majlis je. tu pun ada salah sebut nama cikgu. hehe

lepastu ada undian faci paling baik, cantik, kacak, garang, gila2, sporting bagai. aku tak menang pun. hahaha tapi takpe ade la jugak dapat 4,5 undi :p sayang adik2 semua yang undi tu eceh. ni antara nama aku yg kena undi. hahaha (cari nama Kak Cik)

dah habis program tu semua cam sedih sedih sebab nak berpisah dah kan. pastu ada yg mintak number, facebook bagai. bagi jelah kan. ala bebudak je kut :) lepas je habis majlis tu semua faci dah start kemas barang and ready untuk balik dah. for me, program macam ni sangat seronok. sebab dapat imbas balik kenangan masa kat sekolah dulu, dapat tau macam mana nak handle budak2 sekarang ni, dapat tengok cara mereka berfikir, keluarkan idea. even aku pun yang takde adik and cam tak biasa nak ber "akak" bagai ni terpaksa biasakan diri, alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

dapat terapkan nilai-nilai islamik masa program berlangsung, itu semua dah cukup buatkan aku rasa program-program macam ni patut diperbanyakkan lagi. yelah kalau kita yg tak buat macam ni siapa lagi kan. di samping kita membantu generasi akan datang dalam perkembangan minda mereka, kita pun membantu memajukan diri sendiri. bina keyakinan diri nak handle diorang semua. ingat senang ke. perghh mencabar jugak ah.

then masa dah nak balik tu ada yang menangis, even 3 hari je bersama, tapi nak berpisah tu memang akan jadi moment yang menyedihkan. kita taktau esok lusa kita dapat jumpa lagi ke tak kan. dalam bas pulak masa dah balik tu uncle bas pasang lagu hindustan. dari sedih, ada yg ber air mata, siap berjoget lagi. haha ! ustaz yang mengiring pun mampu geleng kepala je. wuhuuu

ni group yg aku handle, Havoc Cool :)

ni muka konon baru balik bercuti dengan luggage nya. haha

so macam tu je kut nak share. hehe. almost 2 a.m dah ni sebenarnya. tetibe ilham nak menulis datang. orait till we meet again! tataaaa~

_________________________
thankyou for reading :)
_________________________

Friday, July 26, 2013

Not bad as I thought

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum muslim readers ;) salam sejahtera to non-muslim readers. first of all, rasa macam dah lama gila je tak update bendalah ni kan. last update pasal bagitau dah dapat UiTM melaka ni je kan. pastu tak update pun dekat korang macamana life aku kat sini kan. bukan apa, kat sini idea nak menulis tu macam tak berapa nak ada sebab satu, haritu guna netbook je. feel nak menaip tu macam kurang (cewah, demand) then sebab tak ada masa (k padahal takde busy mana) . ha tu jelah kot alasan yg aku dapat fikir buat masa sekarang ni. eh macam korang kesah lah pulak kan. puii. HAHA.

korang yg baca ni mesti macam tertanya-tanya kan, asal aku punya tajuk entry kali ni macam emo sikit tapi still dalam kategori tajuk yg style tahap ikan paus berjoget kan? takpe aku faham perasaan korang yg membuak-buak nak tahu tu. rilek brader brader rilek, sabar eh. ni aku nak bukak cerita. "Not bad as I thought" merujuk kepada tajuk lagu baru aku yang dijangka akan meletop tak lama lagi sebab raya dah dekat. haa nampak tak takde kena ngena? haha. k lawak hambar bye.

no, actually cerita dia macamni. first aku masuk UiTM haritu, minggu orientasi yg seminggu tu agak memenatkan but bagi aku, still okay lah. best jugak kadang2. then bila dah start dapat tau aku masuk kelas mana, semua geng2 aku dari Ipoh yg aku rapat tak sama kelas dengan aku. kitorang terpisah. time tu frust ah jugak. bebudak kelas aku, sorang je yg aku kenal. tu pun kenal masa interview dulu tapi tak rapat sangat and dia ada geng dia sendiri. kira macam golongan budak yg hot ah jugak. pada pandangan aku, diorang ni kategori anak2 orang kaya ah. aku ni pulak biasa2 je kan. memang 2,3 minggu masuk kelas tu aku macam tatau nak stick dengan siapa. aku rasa macam forever alone gila sampai ada rasa macam nak nangis, stress.

aku just rapat dengan roommate aku, tapi tu lah. roommate aku dua2 course lain. sorang akaun, sorang tesl. dah aku sorang je masscomm but roommate aku okay ah. diorang gegila jugak macam aku and aku tau diorang sayang aku. bhahaha. perasan jap. eh jap tapi serious kay. diorang layan aku macam aku ni adik dorang even aku ni bukanlah yang paling muda. maybe sebab antara kami bertiga, saiz aku paling comel. cewah. haha. sambung balik yg masa 2,3 minggu tu aku macam stress tatau nk kawan dengan siapa, aku takleh jadi diri aku kot masa dalam kelas. aku jadi pendiam. dalam bilik je aku gegila joget bagai.

then ada la satu hari ni aku macam da rapat dengan beberapa orang classmate aku ni. perempuan lah ek. kitorang selalu pi baazar sama2. yg sorang ni nama dia Mira, aku rapat dengan dia memula. kitorang satu kolej cuma bilik dia tingkat 3 and aku tingkat 2. kalau nk pergi kelas mesti dia akan turun ketuk bilik aku pastu kitorang gerak sekali. tu yg jadi rapat. then sejak dah macam rapat dengan dia dalam kelas, aku jadi diri aku. aku da tak diam sangat. perangai aku da mula cam sawan sikit2. hahahaha.

dari situ aku da start stick dengan sorang lagi nama Izzaty, tapi kitorang panggil dia Ijat. dia ni kecik je. macam bebudak. comel jufgak and pakai speck macam aku. dia baik. si Mira pun baik. Mira dari kedah and Ijat dari Shah Alam. sejak rpata dengan diorang aku punya keyakinan diri da makin bertambah. nak masuk pape event macam tak malu sangat sebab diorang support :) pastu Ijat ni jenis macam permaha la jugak dengan bebudak laki dalam kelas aku so aku pun macam da terikut sikit. tade ah malu sangat nk bergaul dengan diorang and aku da start rasa best bergaul dengan diorang ni semua.

semalam, tanpa plan, terlepak kat dewan bentara ( kira macam cafe la. banyak kedai makan and tempat student lepak) lepak sampai 3 pagi. yg join lepak, aku, mira, ijat, hafiz and sharil. kitorang main true or dare kat sana. best ah jugak. mira dia balik awal. pukul 1 lebih sbb taktahan katanya. aku pukul 3 and ijat, sharil dgn hafiz time nak sahur baru diorang balik bilik. tehn jumaat macam biasa ah aku tade class. elok lah pun, aku cadang nak rehat ah sebab da start demam. tetibe lepas mandi tengahari tu sharil call kata ijat ajak keluar after solat jumaat. aku cam serious ke depa ni. sempat ke pun. nak naik bas lagi. then tgk2 pukul 3 centu aku, ijat dengan sharil keluar dari uitm. kami bertiga je sebab mira dgn hafiz tak dapat join.

memula aku ingatkan tanak pergi yelah demam2 nak keluar. dengan aku terlepas sahurnya. mau pengsan nanti. tapi bila fikir alah bosan pulak. so kami bertiga keluar la pergi Mahkota Parade kat bandar Melaka ni. aku macam excited ah jugak sbb yelah 1st time jalan dgn kawan dgn bandar melaka. before ni kat Aeon tu tade ape sangat. shoping mall biasa je macam kat Ipoh tu ha. pastu kitorang samapi je terus check tiket wayang, si Ijat nk tgk Despicable Me 2. aku da tgk dah sebenarnya. tapi sbb dia minat nk tgk sangat, aku pun okay jelah. nasib cerita tu comel macam aku.

then kitorang pun lepas beli tiket, cari ah surau cecepat sebab nk solat asar. tiket wayang pukul 6.45 so ketara ah kat sini yg kitorang berbuka dalam wayang. hehe first time oh. lepas je cerita tu habis pukul 8.30 terus kitorang pergi surau solat maghrib. nasib sempat! lepastu shoping kejap. aku dengan ijat pilihkan baju untuk sharil. smart oh baju yg kitorang pilih. hihi. harga pun smart. seratus lebih dua helai. haha. aku pulak berkenan sneakers playboy yg rasanya smart ah kasut tu. so beli ah. pun sepasang seratus lebih. memang macam shoping raya ah. then pi beli makanan kat Papa John's sbb Ijat teringin pizza. so beli take away je sebab nak balik awal, taknak kena tahan dengan guard katako.

balik dari mahkota parade tu pergi uitm balik kitorang naik teksi jeee. teksi kereta Nissan. pergh best oh. selesa je Alhamdulillah siap tidur lagi kami bertiga. then da sampai depan pagar pak guard tak kasi teksi masuk hantar depan kolej, so terpaksa ah jalaaaaan. jauh jugak. dah balik tu kitorang lepak bentara balik sebab nak makan yg pizza tu sesama. memang kenyang ah. sampai tak larat. haha. so bila aku refresh balik apa yg aku da lalui dengan classmate aku yg aku da mula gegila dengan diorang ni, aku terfikir, life aku kat sini "not bad as I thought" . aku ingatkan aku akan jadi cam forever alone sampai 6 sem, tapi I was totally wrong. they are fun and good and I've started love chilling with them as long as kami belajar sama2 and dapat good results, insyaAllah .

finally aku boleh kata ah yang aku dah mula happy stay sini dengan kengkawan yg agak awesome even tak lah rapat macam buddyz aku kat Ipoh yg paling aku sayang gegila tu. rasanya tu je aku nk share. aku nak tidur. nak bangun sahur nanti payah. kbye uolssss.


____________________________
Thanks for reading :)
____________________________

Friday, May 24, 2013

A journey to Malacca .

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum muslim readers . Salam sejahtera to non-muslim readers :)

Hope readers semua dalam keadaan yg baik. sihat, aman dan semua yg sama waktu dengannya . well , tajuk entry kali ni pasal perjalanan ke Melaka. actually belum mula lagi perjalanannya . but soon okay. dalam seminggu je dari entry ini di post kan. bagi yg taktahu kenapa aku nak pi Melaka tu meh sini nak cerita. dalam hujung bulan April haritu kalau tak silap, aku dipanggil oleh pihak UiTM untuk pi temuduga dekat UiTM cawangan Perak iaitu UiTM Seri Iskandar bagi course yg aku memang minat and aku ada apply masa isi borang UPU kat internet dulu. abang aku si Padel tu memang study dekat UiTM tu so takde masalah sangat lah nak ke sana. before pi interview tu aku berdebar ah jugak sebab yelah course yg aku dapat ni kena speaking masa interview. dia nk test kita punya cara bercakap lah kononnya. aku ni bukannya tak reti speaking, cuma tak berapa fluent macam orang lain. nasib baik masa kerja pizza haritu kerap juga orang luar negara datang and aku berpeluang serve diorang so aku dapat lah improve apa yg patut, Alhamdulillah.

hari yang aku kena interview berjalan lancar. panel temuduga berpuas hati dengan aku, dia kata. Alhamdulillah masa tu rasa bersyukur sangat ya Allah. lega. cuma masa tu kita taktahu lagi dapat ke tak. nama pun temuduga kan :) so aku pun kerja lah lagi dekat pizza tu sampai 5 Mei sebab 8 Mei tu siapa yg dapat tawaran sambung form6 kena pi daftar and I'm one of them. aku pun masuklah belajar macam budak sekolah balik. dengan uniform sekolahnya. disebabkan aku ni dulu sekolah Convent, so automatic memang dapat St.Michael. merasa ah jugak jadi Michaelian's kejap. dekat form6, aku masuk kelas account and dalam kelas tu just ada dua orang melayu. it's me and Adila. haha, but sokay lah. chineese student dalam kelas tu pun okay okay je, takde create problem ke apa :)

21 Mei, ramai yg kata dah boleh check keputusan UPU masa tarikh ni. aku pun balik sekolah ada la tragedi yg tak berapa best jadi yg menyebabkan aku nangis dalam bilik mandi sebab kena tengking dengan ayah. haha. tapi bila check dapat UPU and aku berjaya dapat meneruskan course yg aku pi interview haritu kat UiTM, happy gila weh ! cumaaa..... jauh. yeah, UiTM Melaka. diploma course Masscomm memang dekat Melaka so takleh nk buat ape lah kan. dah dapat sambung belajar ni pun aku bersyukur sangat sangat. so perjalanan aku ke Melaka nextweek akan bermula lepas solat Jumaat. ayah kata petang jumaat gerak pi Rawang dulu. stay rumah kakak 1 malam. and then sabtu tu pergi melawat siapa taktahu, then terus gerak pi Melaka and tidur homestay kat sana. senang sikit Ahad tu gerak pi UiTM . em em excited ? entah lah. tatau nk describe perasaan aku macamana. sebak, happy excited semua bergabung, meletop.

happy sebab dapat mulakan langkah untuk capai cita-cita aku, excited sebab nak tahu macamana hidup sebagai budak Universiti, sebak sebab nak tinggalkan mak ayah . ya Allah , aku ni dah la tk pernah duduk asrama. aku takut sangat nak berpisah dengan mak ayah lama-lama, jauh jauh. erm apa pun aku berdoa agar kami sekeluarga dilindungi oleh Allah dan semua urusan dipermudah olehNya , insyaAllah. amin. so guyyssss, wish me all the best to start a new life in Malacca ! adios ;)



______________________________
Thankyou for reading :)
______________________________

Monday, March 25, 2013

jantung tak jadi tercabut

holla holli cikebum cikebummm ! Assalamualaikum uollssss ! haa huruf 'S' tu perbanyak sikit sebutnya. baru meriah kata cik kiahhh. okay so today nak cerita pasal jantung yang tak jadi tercabut disebabkan results SPM aku. hehe. tapi nak kata results aku baguihh pun tak jugak. macamana ek? kiranya suam suam kuku kaki ayam kampung ah. haaa  faham tak macamana tu? tak faham kan? okay takpe, teruskan membaca duluu. mungkin korang dah tua nanti baru faham \(^_^)/

pasal results aku? sure korang yg baca ni macam tertanya-tanya aku punya results apa kan. kalau tak kenapa korang sibuk sibuk nak baca. jangan bagi alasan korang baca sebab bosan sebab kalau bosan banyak lagi benda lain korang boleh buat. antaranya pergi kacau kakak korang buat kerja ke, pergi main tuju tuju batu dalam balang ikan ke, main kokak kokak otak ayam ke, haa banyaklah lagi. sebelum aku bagitahu korang results aku apa, biarlah aku cerita dulu macamana aku beberapa jam sebelum ambil results.

ambil results kan 21 March haritu. hari khamis. masa hari rabu tu aku kerja petang. pagi tu aku ada lepak Mc'D kejap dengan kawan2. pastu sebelum masuk kerja tu aku tido lah kejap dalam 2 jam macamtu. then dah nk dekat pukul 3 centu kakak aku pun kejut ah suruh aku pi solat, mandi, siap2 gi kerja. boleh pulak aku bangun bangun terus jantung aku dup dap dup dap laju gila sebab ingatkan aku bangun tu dah hari khamis. memang gelabah ah kejap. haha! macam lawak pun ada :3 tak lawak eh? takpelah -_-

so malam rabu tu masa nak tidur memang aku pusing sana pusing sini ah sebab hati ni gila risauu. then pagi khamis tu aku pergi sekolah tumpang atirah, taknak ayah yg hantar, takut results tah pape. hehe. dalam pukul 10 lebih macamtu tak salah aku, da sampai sekolah. sampai2 je ada la junior yg tegur "kak eton kak eton!" so after layan diorang, aku pun masuk ah dalam dewan. memang ramai ah kaaan. pastu tunggu lama kejap, pengetua pun masuk dewan. then dia umumkan yg sekolah aku 100% lulus dalam SPM and dapat Top 10 sekolah terbaik dalam daerah kita utara. ini nak bangga kejap ah. bangga jadi warga Main Convent Ipoh :D

lepas dia dah bebel bebel dekat atas pentas, cikgu cikgu pun dah start edarkan results. aku tak beratur pun. aku just tunggu, gelak gelak dengan kawan2, at the same time aku takut. then aku tngok budak kelas aku da takde yg beratur. baru aku pergi. tibaaa-tibaaaa...........cikgu kata "tahniah" dengan muka dia yg tersenyum. aku pun salam ah dia, ucapkan terima kasih banyak2. satu pun aku takde failed, Alhamdulillah :) syukur yg amat. so this is my results yg tak seberapa tapi agak memuaskan :

A : B.melayu, maths, P.Islam, science
B : English dan accounts
C : ekonomi dan sejarah
D : Addmaths

even ada yang kata results aku serbaneka sebab macam2 ada, tapi takpelah. aku macam puas hati jugak ah dengan results aku ni cuma english yang aku target A tak dapat. okay itu agak sedih. kalau tak dah 5A dah. tapi apa2 pun, Alhamdulillah even aku tak straight A macam salah sorang kawan baik aku :) and lastly, aku mohon masuk UiTM dengan harapan dapat sambung course MassComm atau pun Tourism :) so guys, wish me luck eh! love youuuu :*



_________________________
thankyou for reading :)
_________________________

Wednesday, July 25, 2012

twentyfourth July is the day.

Assalamualaikum dan salam sejahtera for non-muslim :) entry kali ni pasal 24 July which is semalam , pasal eton kena operate akibat ada penyakit hernia a.k.a angin pasang . semua orang ingat penyakit ni teruk sebab nk kena operate bagai. actually tak teruk sangat pun. memang boleh bawak maut tapi eton punya sakit ni belum sampai tahap tu lagi, syukur Alhamdulillah . and sebab tu eton operate cecepat so that benda tu tak merebak kat area badan eton yang lain . soooooo, let's begin the story dari awal pagi 24th July .

Pukul 6 pagi.
eton bangun sebab takpayah nak sahur sebab takleh puasa pun. actually before eton tidur semalamnya, pukul 12 mlam tu eton dah start takleh makan . memang procedure dia before buat apa-apa pembedahan kena puasa dulu untuk beberapa jam. so start 6 pagi eton bangun, then eton mandi mandi. get ready semua, pukul 6.45 centu lepas ayah balik from solat subuh dekat surau, terus kitorang gerak pi hospital. dalam hati masa tu memang takut sangat sangat, Allah je yang tahu .

Pukul 7 suku (lebih kurang)
sampai hospital and terus naik ke wad pembedahan. kasi surat yang dia bagi haritu dengan surat sekolah. lepastu nurse suruh pilih katil. eton main ambik jelah mana mana pun just untuk baring2 sementara tunggu giliran. then kena pakai gelang yang ada tulis nama pesakit tu. eton pun baring2 la. ramai jugak dekat wad tu. tunggu tungguuu sampai tertidur kejap. tapi ada doktor yang check tempat eton kena bedah tu and letakkan tanda guna marker pen menandakan tmpat tu akan dipotong :3

katil yang eton pilih before operation. and gelang tu .


Pukul 10 setengah (lebih kurang)
nurse panggil suruh tukar baju. kena pakai baju hospital. sekali dengan topi macam shower cap tu. *err tapi tk sempat tangkap gambar -.- * then kena masuk bilik lagi satu tuuu. sejukkk sangat sangat . ingatkan mak dapat teman eton, rupanya doktor kata takpayah . huh sedih! then masa dalam bilik yang sejuk tu ada doktor bius datang, tanya itu ini. eton pun jawab lah sambil badan dah menggeletar sbb sejuk sangat plus takut. then doktor tu kata nk cucuk kt tangan. masukkan air. okay eton memang takut bila tengok jarum tu and takut kena cucuk. hm nk tknk, terpaksa jugak. tapi time dia cucuk tu eton pandang tempat lain. time tu mata dah berair sikit . tangan dah start kebas.

Pukul 11 setengah (lebih kurang)
doktor datang and tolak katil yang eton tengah baring tu masuk dalam bilik pembedahan. for the first time eton tengok bilik bedah secara live. tatau perasaan apa yang ada time tu. teruja ada. takut pun ada . tapi dalam bilik bedah tu sejuk gilagila. lagi sejuk dari yang bilik kena bius tadi. kat dalam bilik tu eton kena baring kat atas katil bedah yang betul betul bawah lampu besar gedabak. then doktor masukkan apa entah dekat tempat yang kena cucuk jarum tadi. sakit sangat. then doktor pakaikan dekat eton oxigen mask tu. beberapa minit lepastu doktor buat apa entah, maybe masukkan ubat pengsan sebab eton terus tak ingat apa apa.

dua alat ni tak salahnya doktor pakaikan dekat eton before kena bedah.



Pukul 1 lebih
eton terjaga dari pengsan bila dapat rasa doktor tengah lap pipi eton dengan selimut hospital sambil kata "saidatun,bangun. jangan nangis dah. memang sakit sikit" then eton bukak mata tapi still airmata tk berenti keluar and eton batuk batuk. time batuk tu sangat menyeksakan. sakit gila dekat tempat yg kena bedah tu. tapi masa eton terjaga ni ada tiub ape ntah dekat hidung. mybe for oksigen jugak kot. then eton rasa pening pening lagi. pastu agaaaaain, eton pengsan balik. lama jugak, baru eton tersedar balik. lepas dah terjaga tu nurse pun tolak lah katil yang eton tengah baring tu dari wad bedah ke wad biasa. time keluar nk pi wad bedah tu eton nmpk ayah dengan mak terus bangun time diorang nmpk eton kena tolak . then diorg follow eton dgn nurse tu dari belakang. eton tarik selimut slow slow sbb tknk kasi diorang nmpk eton nangis. then dah smpai dekat wad biasa, nurse dtg cabut jarum dekat lengan eton pastu letak kapas so that darah tk mengalir. eton pun sbb tk larat, terus tidurr.

tiub cenggini haa time eton sedar tu dah ada dekat hidung eton.


Pukul 2 lebih
eton tersedar kejap sbb dengar bunyi phone. eton pandang tepi, nampak mak tengah solat kt tepi katil eton. ingat nk ambik phone yg berbunyi tu tapi sbb meja tu agak jauh so tkleh nk ambik. eton sambung tidur. haha asyik tidurrr jee :3

Pukul 4 centuu
i'm awake ! :) doktor datang kt katil and suruh eton bangun . dia kata kalau eton tk try bangun berjalan and buang air kecil, eton takleh balik . so sebabkan eton nk balik jugak haritu, gagahkan la jugak diri ni bangun and pi toilet buang air. so dah boleh buat dua benda tu, dktor kasi ubat and dia kata dah boleh balik. eton pun tukar lah bajuuu. then baliklah kami ke rumah . before that singgah istana raja muda perak dulu sebab hantar ada org ni katil dia sebelah katil eton. dia kerja kt istana. so rumah dia pun dalam istana. lepas hantar dia, gi singgah pulak dekat bazaar ramadhan. mk ayah je turun. eton tunggu je ha.

so bila dah smpai rumah tu terus sambung tidur lah sbb tak larat lagi. then malam tu mak ajar solat duduk atas kerusi. Alhamdulillah boleh solat duduk. pasal MC, eton dapat 8 hari cuti sakit. if lepas 8 hari tu eton dah okay, eton akan kembali pi sekolah macam biasa . weehuuu :D so guys, wish me cepat sembuh ehh :) sayang kalian yang baca ni .

 and the day before eton kena operate . thankyou siapa yang wish goodluck tak kkira la dekat twitter ke dekat phone ke dekat FB ke . thankyou sooo much! :')             
  



  



yang wish after operation pun . thankyouuu :)





 

 

  


                   

seriously eton hargai semua yang ambik berat pasal eton  :)

**to my niece, HAPPY BIRTHDAY eyaa . maksu sayang eya ;)
birthday dia is on 24th July jugak .


_________________________
thankyou for reading:)
_________________________

Monday, June 25, 2012

Besar sungguh kuasa Allah.

haihaaai Assalamualaikum ! :) tadi kan tadi kan taddiiiiiii kaaaaaaaaaan, eton tetiba jee rasa macam nak bukak youtube then tengok video video pasal keajaiban/ bencana yang Allah turunkan dekat dunia kita ni. pastu macam2 dah eton tengok. ada yang menarik, ada yang sedih, ada yang buat jantung eton berdegup degup macam lagu dangdut dagg digg dugg tuu . korang sure takpernah dengar kaan? lagu tu eton dengar time kecik . time eton kecik, korang lagi kecik kot . err koottttt XD lepaaaastuuu, eton pun google image pasal tsunami sebab terjumpa video pasal tsunami. memang bencana ni dah lama jadi, just nak ingat ingat balik supaya diri ni sentiasa ingat akan kuasa Allah yang sangat BESAAAAAARRR :) then eton jumpa gambar masjid masjid yang terselamat masa tsunami tuu . tak hairan pun masjid tu tak hancur macam bangunan2 lain. masjid tu kan rumah Allah . tempat suci. tempat kita beribadat kepadaNya . tapi memang dahsyat laa . siapa yang duduk dalam masjid tu time tsunami pun terselamat (berdasarkan apa yang eton baca. sorry kalau salah info) .


ni haa antara gambar masjid yang terselamat masa tsunami melanda. Subhanallah :')


ajaaaib kaaan? kuasa Allah :) lepas tu lepas tu lepas tuuu kaaaaan, masa lepas tsunami tu berlaku, beberapa ekor hidupan pelik yg kita tak pernah tengok, terdampar kat tepi pantaaai bekas tsunami tu. haa tak sabar nk tengok la tu kan? sabar eh . lempang nak? menurut saintis , mungkin haiwan tu sejenis hidupan yg duduk jauhhhh dekat dasar laut. tapi aneh gila bentuknya . macam haiwan zaman dinasour. *sejak dua menjak ni kalau eton nampak benda pelik je mesti nk kaitkan dengan zaman dinasour. tatau kenapa*


ce tengok ce tengokk . Bismillahirrahmanirrahim :)



very fuyoohhh and fulamak kaan? sekali lagi, kuasa Allah :) tiada yang mustahil di dunia ini kalau dengan izin Allah. kalau eton tengok benda ni depan depan sure dah muntah keluar tulang ikan warna pink dah. apa apa pun, bersama-sama lah kita ambil iktibar dari segala kejadian yang berlaku. semua yang berlaku ada hikmahnya . buat yang terkorban dalam bencana tersebut, Al-Fatihah.


______________________________
thankyou for reading :)
______________________________