Sunday, May 18, 2014

my diamond

السلام عليكم

Holla ! bismillahirrahmanirrahim. thankyou sebab terbuka hati still buka blog ni untuk baca apa yang aku nak tulis even dah lama jugak ah tak update. ni pun dah nak habis cuti sem baru la gigih nak menulis balik sebab bosan. tengah demam pulak tu. doakan aku cepat sembuh ye kengkawan yang baik dan comel macam doraemon punya jiran.

korang mesti eksaited nak baca apa aku nak tulis en? yang tak eksaited tu tipu je lebih. kalau tak asal pi bukak? pi ar buat kerja lain. menyulam ke tolong mak kait kelapa ke tolong pi kira bulu kambing ke. tak pun tolong pupuskan nyamuk-nyamuk kat bumi ni. serious mengganggu ketenteraman aku weh. sehari entah berapa kali agaknya aku bertepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan segan. agaknya dah boleh reka tarian bertepuk sambil muka tahan gatal je urm.

okay lah okay lah aku buka cerita pasal diamond aku okay? permata yang sangat berharga dalam hidup aku melebihi gelang pandora aku sendiri *eh? tetibe masuk pandora. permata ni kita semua ada. takpayah beli, tapi tak ternilai harganya. syaratnya kita kena jaga baik baik dan cuba membahagiakan permata ni dunia dan akhirat. apa benda permata ni? permata aku, Mak aku. yelah takkan mak korang pulak permata aku. wanita yang mengandungkan aku lebih kurang 9 bulan, yang menahan malu depan doktor masa nak lahirkan aku, yang berusaha manjaga aku masa aku dalam perut sampai lah sekarang, tak pernah jemu. wanita ni yang satu hari nanti aku akan pastikan aku dapat buat dia happy. 

korang dengan mak korang macamana? manja tak? honestly aku dengan mak aku, memang agak manja. atau lebih tepat lagi, aku yg suka memanjakan diri aku kt mak aku, mak aku layan je. tu pun kadang2 dia rimas jugak. sbb manja aku ni jenis yg kuat menyendeng pastu sikit2 peluk dia, cium dia, macam bebudak umur 2,3 tahun selalu buat. ahahaha! serious, aku pun tatau kenapa macam tu sampai dah besar gini, dah nak masuk 20 dah pun tahun depan. tapi sebenarnya aku tk kisah sgt apa orang nk kata. she's my mom. kalau aku tak bermanja dengan dia masa sekarang, bila lagi? manusia...bukan selamanya hidup dekat bumi ni. entah aku dulu ke yg pergi dari dunia ni sebelum mak aku. mati tak kenal usia kan?

kadang kesian jugak sebab mak aku layaaan je apa aku buat. hehe tapi rasanya dia okay je kot. kalau aku kata pasal bab kahwin kan, mesti dia kaitkan "perangai puun cam dak kecik lagi, nak kahwin cemana?" hehehe pastu aku pun selalu la jawab "kena la manja puas puas dulu. nanti dah kahwin manja dengan org lain pulak" hmm betul lah tu kan? my mom dia sporting jugakla kadang2. she knows i'm with somebody. and takde pulak dia memarah ke apa. dia just pesan "belajar dulu. nanti kalau dah ada duit, kahwin". hmm kalau ayah aku tau pasal ni tatau lah kan. diorang bukan kongkong sebenarnya, tapi risau. risau anak bongsu yg comel ni hanyut. yelah parents mana tak risau. entah dengan sape sape anak dia keluar ke apa. tapi alhamdulillah, setakat ni hampir semua kawan aku, aku akan cerita pasal dorang kat mak aku. kat ayah pulak? certain jeee. dalam 20% . hahaha ! lagi rapat dengan mak nak buat cemana.

cerita pasal manja tak manja ni actually bukannya buka pekung di dada. bagi aku, cara ni boleh kukuhkan hubungan silaturrahim dalam family. tapi jangan terlebih manja sampai semua yg buruk pun buat tatau je sudah. yelah kalau dah salah, still kena perbetulkan ye dak? haa dah macam aku tulis ni kena tukar tajuk jeee. jadi "cara mendidik anak manja" . cewah. kononnya lah kan.

my mom kalau apa2 mesti dia yg banyak fikir. contoh macam sekarang ni tgh prepare abang aku nk kahwin, dia yg sampai kekadang nk tidur pun still fikir cukup ke itu cukup ke ini. dia nak yg terbaik untuk majlis anak lelaki dia kahwin ni nanti. you are our superwomen mom ! pernah haritu masa aku cuti sem, mak jatuh sakit. memang time tu teruk jugak mak sakit. demam je actually tapi dia punya demam tuuu perghh teruk gila. sampai time tu rasa macam "aku akan hilang mak aku ke? aku tak ready lagi :( " serious. masa tu semua pakat risau. time tu pulak aku kerja. so macam takde lah aku 24jam together dgn mak aku. rasa bersalah tu ada la jugak sbb yelah takat kerja tu takyah pun takpe. better jaga mak je kat rumah. cuti dah lah tak lama pun. ermm tapi memikirkan adik beradik lain pun ada. kira take turn lah. memasing boleh jaga. nk harap aku sorang pun takleh jugak kan.

tapi akhirnya mak okay je lepastu and happy balik sampai sekarang. semakin comel dan anggun. aku rasa aku mewarisi kecomelan mak aku. erm erm boleh ke pikir macamtu? HAHAHA. eh one more, dalam family aku, aku je suka panggil mak aku mama, mummy, ummi, ibu.. yg lain semua mmg fixed panggil mak. hehe. tapi sekarang ni most of the time mmg aku panggil mummy. kecuali kalau ada family lain sekali, mmg aku panggil mak je. maluu la titeee nak anje anje depan orang. hahaha!

finally nak tulis pasal permata aku yg paling berharga ni, thankyou mummy sebab bertahan dengan perangai ngengada anak mummy ni. thankyou selalu sabar je kalau nadhrah bangun lambat and mengelat itu ini. thankyou selalu dengar cerita nadhrah tak kira la pasal boyfren ke apa. mummy pendengar setia nadhrah. thankyou lahirkan nadhrah kat dunia ni. thankyou jadi guru pertama nadhrah. ajar nadhrah ABC sampai boleh baca malay and engish, Alif Ba Ta sampai khatam Quran, 123 sampai boleh cari X dan Y dalam maths, tolong settlekan problem math bagai even problem sendiri tak settle settle. terima kasih mummy ! I love you so much. takde siapa boleh gantikan mak dalam hidup Nadhrah and i'm so lucky to have you in my life :)

so this is my mom,

Hajah Mazimah binti Haji Teridi




__________________________
Thankyou For Reading :)
__________________________