Friday, May 24, 2013

A journey to Malacca .

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum muslim readers . Salam sejahtera to non-muslim readers :)

Hope readers semua dalam keadaan yg baik. sihat, aman dan semua yg sama waktu dengannya . well , tajuk entry kali ni pasal perjalanan ke Melaka. actually belum mula lagi perjalanannya . but soon okay. dalam seminggu je dari entry ini di post kan. bagi yg taktahu kenapa aku nak pi Melaka tu meh sini nak cerita. dalam hujung bulan April haritu kalau tak silap, aku dipanggil oleh pihak UiTM untuk pi temuduga dekat UiTM cawangan Perak iaitu UiTM Seri Iskandar bagi course yg aku memang minat and aku ada apply masa isi borang UPU kat internet dulu. abang aku si Padel tu memang study dekat UiTM tu so takde masalah sangat lah nak ke sana. before pi interview tu aku berdebar ah jugak sebab yelah course yg aku dapat ni kena speaking masa interview. dia nk test kita punya cara bercakap lah kononnya. aku ni bukannya tak reti speaking, cuma tak berapa fluent macam orang lain. nasib baik masa kerja pizza haritu kerap juga orang luar negara datang and aku berpeluang serve diorang so aku dapat lah improve apa yg patut, Alhamdulillah.

hari yang aku kena interview berjalan lancar. panel temuduga berpuas hati dengan aku, dia kata. Alhamdulillah masa tu rasa bersyukur sangat ya Allah. lega. cuma masa tu kita taktahu lagi dapat ke tak. nama pun temuduga kan :) so aku pun kerja lah lagi dekat pizza tu sampai 5 Mei sebab 8 Mei tu siapa yg dapat tawaran sambung form6 kena pi daftar and I'm one of them. aku pun masuklah belajar macam budak sekolah balik. dengan uniform sekolahnya. disebabkan aku ni dulu sekolah Convent, so automatic memang dapat St.Michael. merasa ah jugak jadi Michaelian's kejap. dekat form6, aku masuk kelas account and dalam kelas tu just ada dua orang melayu. it's me and Adila. haha, but sokay lah. chineese student dalam kelas tu pun okay okay je, takde create problem ke apa :)

21 Mei, ramai yg kata dah boleh check keputusan UPU masa tarikh ni. aku pun balik sekolah ada la tragedi yg tak berapa best jadi yg menyebabkan aku nangis dalam bilik mandi sebab kena tengking dengan ayah. haha. tapi bila check dapat UPU and aku berjaya dapat meneruskan course yg aku pi interview haritu kat UiTM, happy gila weh ! cumaaa..... jauh. yeah, UiTM Melaka. diploma course Masscomm memang dekat Melaka so takleh nk buat ape lah kan. dah dapat sambung belajar ni pun aku bersyukur sangat sangat. so perjalanan aku ke Melaka nextweek akan bermula lepas solat Jumaat. ayah kata petang jumaat gerak pi Rawang dulu. stay rumah kakak 1 malam. and then sabtu tu pergi melawat siapa taktahu, then terus gerak pi Melaka and tidur homestay kat sana. senang sikit Ahad tu gerak pi UiTM . em em excited ? entah lah. tatau nk describe perasaan aku macamana. sebak, happy excited semua bergabung, meletop.

happy sebab dapat mulakan langkah untuk capai cita-cita aku, excited sebab nak tahu macamana hidup sebagai budak Universiti, sebak sebab nak tinggalkan mak ayah . ya Allah , aku ni dah la tk pernah duduk asrama. aku takut sangat nak berpisah dengan mak ayah lama-lama, jauh jauh. erm apa pun aku berdoa agar kami sekeluarga dilindungi oleh Allah dan semua urusan dipermudah olehNya , insyaAllah. amin. so guyyssss, wish me all the best to start a new life in Malacca ! adios ;)



______________________________
Thankyou for reading :)
______________________________