Friday, July 26, 2013

Not bad as I thought

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum muslim readers ;) salam sejahtera to non-muslim readers. first of all, rasa macam dah lama gila je tak update bendalah ni kan. last update pasal bagitau dah dapat UiTM melaka ni je kan. pastu tak update pun dekat korang macamana life aku kat sini kan. bukan apa, kat sini idea nak menulis tu macam tak berapa nak ada sebab satu, haritu guna netbook je. feel nak menaip tu macam kurang (cewah, demand) then sebab tak ada masa (k padahal takde busy mana) . ha tu jelah kot alasan yg aku dapat fikir buat masa sekarang ni. eh macam korang kesah lah pulak kan. puii. HAHA.

korang yg baca ni mesti macam tertanya-tanya kan, asal aku punya tajuk entry kali ni macam emo sikit tapi still dalam kategori tajuk yg style tahap ikan paus berjoget kan? takpe aku faham perasaan korang yg membuak-buak nak tahu tu. rilek brader brader rilek, sabar eh. ni aku nak bukak cerita. "Not bad as I thought" merujuk kepada tajuk lagu baru aku yang dijangka akan meletop tak lama lagi sebab raya dah dekat. haa nampak tak takde kena ngena? haha. k lawak hambar bye.

no, actually cerita dia macamni. first aku masuk UiTM haritu, minggu orientasi yg seminggu tu agak memenatkan but bagi aku, still okay lah. best jugak kadang2. then bila dah start dapat tau aku masuk kelas mana, semua geng2 aku dari Ipoh yg aku rapat tak sama kelas dengan aku. kitorang terpisah. time tu frust ah jugak. bebudak kelas aku, sorang je yg aku kenal. tu pun kenal masa interview dulu tapi tak rapat sangat and dia ada geng dia sendiri. kira macam golongan budak yg hot ah jugak. pada pandangan aku, diorang ni kategori anak2 orang kaya ah. aku ni pulak biasa2 je kan. memang 2,3 minggu masuk kelas tu aku macam tatau nak stick dengan siapa. aku rasa macam forever alone gila sampai ada rasa macam nak nangis, stress.

aku just rapat dengan roommate aku, tapi tu lah. roommate aku dua2 course lain. sorang akaun, sorang tesl. dah aku sorang je masscomm but roommate aku okay ah. diorang gegila jugak macam aku and aku tau diorang sayang aku. bhahaha. perasan jap. eh jap tapi serious kay. diorang layan aku macam aku ni adik dorang even aku ni bukanlah yang paling muda. maybe sebab antara kami bertiga, saiz aku paling comel. cewah. haha. sambung balik yg masa 2,3 minggu tu aku macam stress tatau nk kawan dengan siapa, aku takleh jadi diri aku kot masa dalam kelas. aku jadi pendiam. dalam bilik je aku gegila joget bagai.

then ada la satu hari ni aku macam da rapat dengan beberapa orang classmate aku ni. perempuan lah ek. kitorang selalu pi baazar sama2. yg sorang ni nama dia Mira, aku rapat dengan dia memula. kitorang satu kolej cuma bilik dia tingkat 3 and aku tingkat 2. kalau nk pergi kelas mesti dia akan turun ketuk bilik aku pastu kitorang gerak sekali. tu yg jadi rapat. then sejak dah macam rapat dengan dia dalam kelas, aku jadi diri aku. aku da tak diam sangat. perangai aku da mula cam sawan sikit2. hahahaha.

dari situ aku da start stick dengan sorang lagi nama Izzaty, tapi kitorang panggil dia Ijat. dia ni kecik je. macam bebudak. comel jufgak and pakai speck macam aku. dia baik. si Mira pun baik. Mira dari kedah and Ijat dari Shah Alam. sejak rpata dengan diorang aku punya keyakinan diri da makin bertambah. nak masuk pape event macam tak malu sangat sebab diorang support :) pastu Ijat ni jenis macam permaha la jugak dengan bebudak laki dalam kelas aku so aku pun macam da terikut sikit. tade ah malu sangat nk bergaul dengan diorang and aku da start rasa best bergaul dengan diorang ni semua.

semalam, tanpa plan, terlepak kat dewan bentara ( kira macam cafe la. banyak kedai makan and tempat student lepak) lepak sampai 3 pagi. yg join lepak, aku, mira, ijat, hafiz and sharil. kitorang main true or dare kat sana. best ah jugak. mira dia balik awal. pukul 1 lebih sbb taktahan katanya. aku pukul 3 and ijat, sharil dgn hafiz time nak sahur baru diorang balik bilik. tehn jumaat macam biasa ah aku tade class. elok lah pun, aku cadang nak rehat ah sebab da start demam. tetibe lepas mandi tengahari tu sharil call kata ijat ajak keluar after solat jumaat. aku cam serious ke depa ni. sempat ke pun. nak naik bas lagi. then tgk2 pukul 3 centu aku, ijat dengan sharil keluar dari uitm. kami bertiga je sebab mira dgn hafiz tak dapat join.

memula aku ingatkan tanak pergi yelah demam2 nak keluar. dengan aku terlepas sahurnya. mau pengsan nanti. tapi bila fikir alah bosan pulak. so kami bertiga keluar la pergi Mahkota Parade kat bandar Melaka ni. aku macam excited ah jugak sbb yelah 1st time jalan dgn kawan dgn bandar melaka. before ni kat Aeon tu tade ape sangat. shoping mall biasa je macam kat Ipoh tu ha. pastu kitorang samapi je terus check tiket wayang, si Ijat nk tgk Despicable Me 2. aku da tgk dah sebenarnya. tapi sbb dia minat nk tgk sangat, aku pun okay jelah. nasib cerita tu comel macam aku.

then kitorang pun lepas beli tiket, cari ah surau cecepat sebab nk solat asar. tiket wayang pukul 6.45 so ketara ah kat sini yg kitorang berbuka dalam wayang. hehe first time oh. lepas je cerita tu habis pukul 8.30 terus kitorang pergi surau solat maghrib. nasib sempat! lepastu shoping kejap. aku dengan ijat pilihkan baju untuk sharil. smart oh baju yg kitorang pilih. hihi. harga pun smart. seratus lebih dua helai. haha. aku pulak berkenan sneakers playboy yg rasanya smart ah kasut tu. so beli ah. pun sepasang seratus lebih. memang macam shoping raya ah. then pi beli makanan kat Papa John's sbb Ijat teringin pizza. so beli take away je sebab nak balik awal, taknak kena tahan dengan guard katako.

balik dari mahkota parade tu pergi uitm balik kitorang naik teksi jeee. teksi kereta Nissan. pergh best oh. selesa je Alhamdulillah siap tidur lagi kami bertiga. then da sampai depan pagar pak guard tak kasi teksi masuk hantar depan kolej, so terpaksa ah jalaaaaan. jauh jugak. dah balik tu kitorang lepak bentara balik sebab nak makan yg pizza tu sesama. memang kenyang ah. sampai tak larat. haha. so bila aku refresh balik apa yg aku da lalui dengan classmate aku yg aku da mula gegila dengan diorang ni, aku terfikir, life aku kat sini "not bad as I thought" . aku ingatkan aku akan jadi cam forever alone sampai 6 sem, tapi I was totally wrong. they are fun and good and I've started love chilling with them as long as kami belajar sama2 and dapat good results, insyaAllah .

finally aku boleh kata ah yang aku dah mula happy stay sini dengan kengkawan yg agak awesome even tak lah rapat macam buddyz aku kat Ipoh yg paling aku sayang gegila tu. rasanya tu je aku nk share. aku nak tidur. nak bangun sahur nanti payah. kbye uolssss.


____________________________
Thanks for reading :)
____________________________