Sunday, July 20, 2014

nak habaq mai

السلام عليكم

hai hai assalamualaikum ! ehey dah lama rasanya tak update. padahal kalau ikutkan every week ke apa ada je cerita. masa tu yang takde. masa dekat U mana sempat nak bukak blog blog bagai ni. haa sekarang? even bebudak uitm tengah tak cuti, aku je yang dah start cuti dah dua minggu aku rasa. next week start raya, cuti lagi. masya Allah nak dekat sebulan rupanya aku bercuti sakit. sakit apa? sakit hati. jeng jeng

haa jangan la percaya pulak aku cuti sikit punya lama sebab sakit hati je. kalau sakit hati tu in shaa Allah boleh ubat lagi dengan doa. mintak bagi lembut sikit hati nak maafkan orang yang bagi aku sakit hati tu kan. eh? macam ada je? haha urmmm tengah mencuba memaafkan orang lah ni. tu yang ayat tu macam konon konon ada tapi memang ada.

ehem okay lah rasanya yang baca ni maybe dah tahu kut sakit apa. sebab rasanya aku ada je update yg aku sakit dekat facebook, insta, twitter, wechat, whatsapp... haa apa lagi yg boleh di update semua aku update. haha bosan dalam hospital, camtu ah. update sana update sini. apa guna ada social network kan kalau biar bersawang macam blog ni? blog ni pun bersawang sebab kalau tulis ni pun kadang bukan ada yang baca. syiok sendiri je aku rasa. followers mmg ada tapi yg bukak tu entah berapa kerat je. hm

nak lari tajuk lagi ke camne ni? okay nak cerita lah ni. pergi ambil kuih muih ke apa bawak makan depan laptop sambil baca. kot kot lah kali ni apa nak dicerita bosan ke kan. hati manusia, siapa tahu. ah cliche sangat ayat! hurm hurm haritu masa tu dah seminggu bulan ramadhan. and then ada la majlis berbuka puasa dengan kawan2 kat sana sikit. nak makan ikan bakar. before pergi berbuka dengan dorang tu dah ada rasa macam pening kepala, berat je kepala masa tu. pinggang pulak rasa lenguhh je. macam sakit lah jugak. then yang pening tu ingatkan sebab terlebih tidur. haritu boleh pulak bangun masa matahari dah straight atas kepala. tu pun dah nak turun balik matahari tu. hahaha anak dara apa lagu ni taktau. rugi siapa dapat buat bini

then sebabkan dah confirmkan dengan diorang yg aku nk join, paksa lah jugak diri ni pergi. dalam pukul 5 suku tu lepas solat asar aku pun gerak ah turun. masa tu orang yang salam salam dengan aku dah perasan dah muka aku lain, macam tak sihat. aku just kata pening, terlebih tidur. then diorang pun okay jelah. masa dalam kereta on the way nak berbuka tu..pergh siksa! pening gila dengan sakit pinggangnya tak ingat. terpaksa ambil bantal dalam kereta, buat lapik kepala dgn pinggang. pastu dah sampai tempat berbuka tu elok elok masuk waktu maghrib. ha apa lagi, makan la. tu pun tak berselera. aku makan takde lah banyak mana. takpe lah duit yg dah bayar tu kira sedekah jela siapa yg dapat makan bahagian aku sebab makan berhidang. kira semua bayar amount yg sama.

and then masa solat kat surau pun rasa lain je. kalau boleh masa tu mmg nak balik secepat mungkin. badan pun dah makin panas. demam dah start masa tu. pinggang makin sakit. dalam kereta mampu pejam mata tahan sakit je. ontheway balik tu singgah 7E kejap nak beli air 100plus sbb nak tenaga. masuk balik kereta aku tatau la kenapa memang tak tahan gila sampai menangis dibuatnya. kawan kawan yang dalam kereta tu semua boleh tak perasan ke apa aku taktau la sebab dorang buat bodo je. aku pun melayan perasaan nangis sensorang tepi tingkap berlapikkan bantal dan patung panda kecik (sebab tu je yg lembut untuk dilapik. hm kesian panda tu kena himpap) then sampai je kolej terus aku naik atas bukak pintu bilik. roommate aku tgh bergosip apa tah terus berhenti. dorang tanya "asal nangis ni? siapa buat?" aku terus nangis letak barang atas meja pi peluk kakak senior dalam bilik aku tu. dia terkejut la kenapa badan aku panas and baju dah basah sebab berpeluh-peluh tahan sakit. pastu dah habis nangis sampai kakak tu pun basah sekali, aku cakap "hm..demam" dorang boleh gelak sbb ingatkan aku kenapa. pastu aku cakap aku serious sakit sangat2 ni. tulang belakang pun sakit. pastu baring kat katil pun nangis nangis lagi sebab sakit dia masa tu ya Allah, tak dapat nk gambarkan.

then roommate aku tanya nak pergi hospital ke tak sebab masa tu dah nk dekat pukul 12 so klinik kerajaan mmg dah tutup. terpaksa gi hospital kerajaan bahagian kecemasan. aku pun call la member yg ada kereta. memula dapat kat member yg tgh busy, takleh tolong. terfikir pulak nk call classmate yg ada kereta, call jelah. dalam hati rasa bersalah jugak sbb rasa menyusahkan. and then bila member tu dah sampai bawah kolej, aku pun turun la sebab yela dia takleh naik, dia lelaki. haha gile pe nk naik kolej perempuan. masa on the way nak ke hospital pun aku nangis. banyak betul bazir air mata masa tu. sakit sangat punya pasal. sampai je hospital kat tempat kecemasan tu doktor check bagai, and then boleh pulak aku ni suspect appendix. so kena la tahan. kena ambik darah la, masuk air dalam badan, check air kencing bagai. pastu aku kena cucuk masuk air tu sakit la juga. tak berhenti nangis. aku berhenti pun sebab ada budak kecik katil depan aku badan dia melecur, dia nangis jugak. so aku tgk sakit dia lagi teruk dari aku, aku pun terus automatik stop nangis. hahaha macam lawak je

then dari ward kecemasan hospital alor gajah tu aku kena naik ambulans pergi hospital melaka dekat bandar. haa dapat bilik sorang kau masa tu. dah nak dekat pukul 3 pagi kot baru masuk ward. boleh tidur bagai. tu la first time aku tidur ward. ditemani dengan roommate aku. roommate aku tu classmate aku jugak. so senang la apa2 hal dia boleh tlg inform kat lecturer. hihi. and then masa tu hari sabtu. aku kena xray lah apa. dua kali kot kena xray! masa sabtu tu ramai juga kawan2 yang datang melawat. terharu sangat. ada yang datang tapi aku sempat buka mata tengok diorang kejap je. lepastu aku nangis sebab sakit sampai tertidur. sedar sedar balik diorang dah balik. sabtu petang pulak kawan aku yang rapat dgn aku jugak la datang, tukar tempat dgn roommate aku tadi. dia pulak jaga aku sampai hari ahad. ahad tu abang sulong aku datang dari sg.buloh. parents aku pulak dari ipoh dah turun rumah kakak aku kat rawang. tetibe doktor kata aku dah kena discharge hari ahad tu. so abg aku bawa aku balik selangor hari tu jugak. bawa ke parents aku. haa yg peliknya masa dekat hospital melaka tu doctor semua tatau aku sakit apa. last last aku cam dah okay, terus discharge.

sampai rumah kakak aku kat rawang tu dalam pukul 9 gitu. masuk je rumah peluk mak nangis nangis peluk ayah nangis nangis. nak bagitau sakit. hahaha. tapi serious masa dalam kereta sakit belakang datang balik. terkejut juga masa sampai rumah. ramai dah yg ada kat situ. maklang paklang, kakak2, abang2, kakak ipar, abang ipar, semua ada. muka masing2 risau. sorang2 datang tanya aku pasal pinggang aku sakit cemana. hmm and then isnin tu aku rehat jela mcam biasa. selasa pulak aku start demam balik and perasan ada naik bintik2 merah kat tangan dengan badan. terus aku tunjuk kat kakak aku, mak aku, ayah aku, semua yg ada lah. haa gitu. dorang kata "ni denggi niiii. jom jom pergi hospital" pastu pergi hospital sg.buloh, org kat situ ambik darah je and then dia suruh datang balik esoknya. menyusahkan jugak sebab yela kakak2 abang2 aku kerja. ayah pulak datang bukannya drive pun. datang naik kreta kakak. so kena tunggu kakak aku balik kerja, baru pergi hospital. dah pergi sana tekanan darah aku rendah, platelet rendah, terus kena sorong dengan wilchair masuk tempat ward pemerhatian. lama gila kat situ. dari petang sampai malam. pastu pukul 1 pagi baru dapat katil sendiri masuk ward biasa.

masa tu mak pun ada datang. kakak dengan ayah balik dulu sementara aku dalam ward pemerhatian. yela masa tu kan puasa. nak berbuka lagi. tu yg balik la apa. pastu yg geramnya masa dalam ward pemerhatian, masa org tu nk cucuk jarum boleh pulak dua kali salah cucuk. last last tukar tangan. baru okay. tu pun sakit :( pastu dua dua tangan pulak tu kena masuk tiub. satu untuk masuk air, satu untuk dia ambik darah. seduuuut je darah tu. ngeri aku tengok.

haa pastu duduk la dalam hospital tu sampai hari jumaat. makan la makanan hospital yang tak enak. pastu semua staf kt situ kalau check tekanan darah aku mesti dorang check bnyak kali. sebab susah nk percaya tekanan darah aku rendah, tapi aku macam sihat je. tak pening pening sgt. sakit kot kena check blood pressure banyak kali. masa dia pam tu, dah la tangan kena cucuk. kena pam lagi. haih sabar jela. pastu hari jumaat tu malam, doktor kata aku dah okay. just kena banyak rehat dengan minum air. dia kata nak balik malam tu jugak atau esok. memang aku kata nk balik malam tu jugak la. hahaha menyusahkan abang aku jap kena datang ambik aku kt hospital. bukan apa, nak balik sebab nak makan makanan yg sesedap. lagipun ada mak dengan ayah 24jam. tak macam kat hospital. bosan. taktau nak buat apa. asyik kena minum air pastu kencing je. penat kot.

masa tu doktor bagi MC smpai jumaat minggu lagi satu. hmm tak pergi kelas lah kan. rasa bersalah time tu la datang sebab assignment banyak yang group. so tk dapat nk bagi kerjasama. huhu sampai sekarang tk hilang rasa bersalah tu. sebab cuti terus sampai raya. lama tuuuu. 3minggu tak pi kelas. nasib dah call pihak fakulti bagitau yg takleh attend kelas.  memang kumpul surat MC jelah citer dia. buat masa sekarang dah ada 3 surat MC dah. 2 kerajaan, satu swasta. hopefully diterima lah surat yg klinik swasta tu. satu hari je pun.

pastu berehat lah aku dekat rumah sampai sekarang, alhamdulillah dah start berpuasa dah sebab makin okay. tu pun mak still tak bagi keluar rumah. kena perintah berkurung lagi. keluar pun kalau nk pergi appointment je. dating dengan doctor. ambil darah. hurmm nak shopping raya pun takboleh lah macamni. apakan daya. terima jelah. dugaan Allah bagi untuk tahun ni. satu pengalaman dalam hidup ni :)


eheeyyyy okaylah penat baq hangg tulis ni non-stop panjang gila. thankyou lah siapa yang sudi baca sampai habis tumpah tumpah kuih tu ha. anyway lagi seminggu nk raya. selamat hari raya ! nanti jangan lupa ganti puasa mana yang tinggal tu ;)





___________________________
Thankyou For Reading :)
___________________________