Monday, March 10, 2014

one of the moments yang takkan dilupakan :)

Assalamualaikum chuollss. hah punya dah lama tak update sebab busy and cam malas nak type. hehe. kali ni tetiba rasa cam rajin pulak lah kan nak type type bagai ni. tapi takde lah nak cerita semua benda yang dah jadi before ni even banyak sangat benda yg dah jadi and semua nya best best. Alhamdulillah ;)

disebabkan aku baru je balik dari program Back To School 3.0 anjuran salah satu kelab islamik yang ada kat UiTM Melaka ni, (I'm one of the ahli kelab ni yang boleh dikatakan rapat dengan senior) so ada lah cerita nak dikongsi. pengalaman ni In Shaa Allah sukar untuk dilupakan. okay memula dia cemni, ada senior ni ajak dah join event ni. event ni kira cam kitorang jadi facilitator kat sekolah menengah, Negeri Sembilan. then cam fikir nk gi ke taknak, nak gi keeee taknak. ajak roommate, sebab dia pun ahli kelab tu. so cam bila dia pun dah bagi kata putus nk join, lagi semangat nak pergi tu ada. aku pun decide nak join.

program ni berlangsung hari jumaat sampai ahad. lepas solat jumaat dalam pukul 3 setengah camtu dah gerak dari uitm. boleh kata aku dengan roommate aku ni antara orang yg lambat sampai kat tempat bas ah sebab kitorang start kemas beg pun pukul 1 camtu. hehe bangun lambat punya pasal :p
haa masa gerak tu kitorang ada la singgah kat kedai makan ni makan sat.

so dalam pukul 6 camtu baru sampai sekolah. lepas maghrib camtu ada buat sesi taaruf dengan para pelajar. oh ye lupa nk bagitau pelajar yg kitorang jaga ni pelajar form 1 and form 2 and sekolah ni dalam kawasan felda. bila dah buat sesi taaruf (suai kenal) ni, mula ah bahagi kan group masing2. aku dapat group nombor 1 and aku ketua bagi faci group tu. roommate aku si sarah pulak dapat group nombor 5. group yg aku dapat ni bebudak dia alahaaaai, malu gila. bila suruh bentang kat depan punya lah malu. tapi dengan semangat yg kitorang bagi, makin lama diorang makin okay and nampak keyakinan diri dah start ada dalam diri masing-masing.

group yg aku jaga bebudak lelaki ada 3 orang je. lagi 7 semua perempuan and kat sana they call me Kak Cik sebab aku kecik. ngeh ngeh ngeh. rasa comel bila begitu :p first day tu takde aktiviti sangat pun yela penat kan baru sampai. hari sabtu tu lah baru start ada aktiviti menarik and makin rapat hubungan akak2 faci dengan bebudak ni semua. malam pulak ada malam kebudayaan. yela macam biasa. kalau pergi camping pun akan ada malam kebudayaan kan. baru meriah. hmm tapi tu la sebabkan aku dngan sarah, roommate aku tu kelparan, kitorang pi beli burger kat kedai depan sekolah tu so tak tengok dari mula majlis tu. tapi alhamdulillah masa group kitorang punya turn kitorang sempat muncul and aku siap berlakon lagi dengan bebudak ni semua. hehehe

dah penat malam tu berjimba bagai, tidur pun sampai pukul 4 lebih sebab tertipu, ingatkan kitorang kena jaga dewan betul2, rupanya senior kitorang memain je. dah tidur lambat, kitorang pun esoknya bangun lambat ah kan. so esoknya explorace aku dengan sarah tak ikut sekali sebab ber explorace atas katil dalam dorm. masa majlis perasmian penutupan majlis baru kitorang dapat join. tetibe pulaklah kan aku jadi bidan terjun, kena jadi emcee. nasib baik lah dah pernah jadi emcee. bezanya dulu ada teks, kali ni spontan. just dapat atur cara majlis je. tu pun ada salah sebut nama cikgu. hehe

lepastu ada undian faci paling baik, cantik, kacak, garang, gila2, sporting bagai. aku tak menang pun. hahaha tapi takpe ade la jugak dapat 4,5 undi :p sayang adik2 semua yang undi tu eceh. ni antara nama aku yg kena undi. hahaha (cari nama Kak Cik)

dah habis program tu semua cam sedih sedih sebab nak berpisah dah kan. pastu ada yg mintak number, facebook bagai. bagi jelah kan. ala bebudak je kut :) lepas je habis majlis tu semua faci dah start kemas barang and ready untuk balik dah. for me, program macam ni sangat seronok. sebab dapat imbas balik kenangan masa kat sekolah dulu, dapat tau macam mana nak handle budak2 sekarang ni, dapat tengok cara mereka berfikir, keluarkan idea. even aku pun yang takde adik and cam tak biasa nak ber "akak" bagai ni terpaksa biasakan diri, alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

dapat terapkan nilai-nilai islamik masa program berlangsung, itu semua dah cukup buatkan aku rasa program-program macam ni patut diperbanyakkan lagi. yelah kalau kita yg tak buat macam ni siapa lagi kan. di samping kita membantu generasi akan datang dalam perkembangan minda mereka, kita pun membantu memajukan diri sendiri. bina keyakinan diri nak handle diorang semua. ingat senang ke. perghh mencabar jugak ah.

then masa dah nak balik tu ada yang menangis, even 3 hari je bersama, tapi nak berpisah tu memang akan jadi moment yang menyedihkan. kita taktau esok lusa kita dapat jumpa lagi ke tak kan. dalam bas pulak masa dah balik tu uncle bas pasang lagu hindustan. dari sedih, ada yg ber air mata, siap berjoget lagi. haha ! ustaz yang mengiring pun mampu geleng kepala je. wuhuuu

ni group yg aku handle, Havoc Cool :)

ni muka konon baru balik bercuti dengan luggage nya. haha

so macam tu je kut nak share. hehe. almost 2 a.m dah ni sebenarnya. tetibe ilham nak menulis datang. orait till we meet again! tataaaa~

_________________________
thankyou for reading :)
_________________________

No comments:

Post a Comment