Monday, March 25, 2013

jantung tak jadi tercabut

holla holli cikebum cikebummm ! Assalamualaikum uollssss ! haa huruf 'S' tu perbanyak sikit sebutnya. baru meriah kata cik kiahhh. okay so today nak cerita pasal jantung yang tak jadi tercabut disebabkan results SPM aku. hehe. tapi nak kata results aku baguihh pun tak jugak. macamana ek? kiranya suam suam kuku kaki ayam kampung ah. haaa  faham tak macamana tu? tak faham kan? okay takpe, teruskan membaca duluu. mungkin korang dah tua nanti baru faham \(^_^)/

pasal results aku? sure korang yg baca ni macam tertanya-tanya aku punya results apa kan. kalau tak kenapa korang sibuk sibuk nak baca. jangan bagi alasan korang baca sebab bosan sebab kalau bosan banyak lagi benda lain korang boleh buat. antaranya pergi kacau kakak korang buat kerja ke, pergi main tuju tuju batu dalam balang ikan ke, main kokak kokak otak ayam ke, haa banyaklah lagi. sebelum aku bagitahu korang results aku apa, biarlah aku cerita dulu macamana aku beberapa jam sebelum ambil results.

ambil results kan 21 March haritu. hari khamis. masa hari rabu tu aku kerja petang. pagi tu aku ada lepak Mc'D kejap dengan kawan2. pastu sebelum masuk kerja tu aku tido lah kejap dalam 2 jam macamtu. then dah nk dekat pukul 3 centu kakak aku pun kejut ah suruh aku pi solat, mandi, siap2 gi kerja. boleh pulak aku bangun bangun terus jantung aku dup dap dup dap laju gila sebab ingatkan aku bangun tu dah hari khamis. memang gelabah ah kejap. haha! macam lawak pun ada :3 tak lawak eh? takpelah -_-

so malam rabu tu masa nak tidur memang aku pusing sana pusing sini ah sebab hati ni gila risauu. then pagi khamis tu aku pergi sekolah tumpang atirah, taknak ayah yg hantar, takut results tah pape. hehe. dalam pukul 10 lebih macamtu tak salah aku, da sampai sekolah. sampai2 je ada la junior yg tegur "kak eton kak eton!" so after layan diorang, aku pun masuk ah dalam dewan. memang ramai ah kaaan. pastu tunggu lama kejap, pengetua pun masuk dewan. then dia umumkan yg sekolah aku 100% lulus dalam SPM and dapat Top 10 sekolah terbaik dalam daerah kita utara. ini nak bangga kejap ah. bangga jadi warga Main Convent Ipoh :D

lepas dia dah bebel bebel dekat atas pentas, cikgu cikgu pun dah start edarkan results. aku tak beratur pun. aku just tunggu, gelak gelak dengan kawan2, at the same time aku takut. then aku tngok budak kelas aku da takde yg beratur. baru aku pergi. tibaaa-tibaaaa...........cikgu kata "tahniah" dengan muka dia yg tersenyum. aku pun salam ah dia, ucapkan terima kasih banyak2. satu pun aku takde failed, Alhamdulillah :) syukur yg amat. so this is my results yg tak seberapa tapi agak memuaskan :

A : B.melayu, maths, P.Islam, science
B : English dan accounts
C : ekonomi dan sejarah
D : Addmaths

even ada yang kata results aku serbaneka sebab macam2 ada, tapi takpelah. aku macam puas hati jugak ah dengan results aku ni cuma english yang aku target A tak dapat. okay itu agak sedih. kalau tak dah 5A dah. tapi apa2 pun, Alhamdulillah even aku tak straight A macam salah sorang kawan baik aku :) and lastly, aku mohon masuk UiTM dengan harapan dapat sambung course MassComm atau pun Tourism :) so guys, wish me luck eh! love youuuu :*



_________________________
thankyou for reading :)
_________________________

No comments:

Post a Comment